PERASMIAN KURSUS DAN TAKLIMAT SUKARELAWAN SEMPENA HKN 2020
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه اجمعين. رضيت بالله رب وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا. أشهد ألا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله، أما بعد.
قال الله تعلى في الكتاب العزيز، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم الله الرحمن الرحيم.
Yang bermaksud, Mereka itu adalah orang yang beriman, orang yang teras, orang yang berpegang dan percaya kepada Allah. Allah Taala yang menciptakan kita, bagi rezeki pada kita, menghidupkan kita, mengahwinkan kita, memberikan kesembuhan kepada kita. Dan واليوم الأخيرة dan orang yang terlibat dalam pengurusan, perniagaan, penggubalan, pembuatan untuk menyuruh membuat perkara-perkara baik. Di rumah kita, ayah kita nak macam ni, mak kita nak yang macam ni, kita yang mendengar arahan daripada mak kita nak menyampaikan kepada lima orang adik beradik yang baru bangun tidur. Kita nak buat seorang tidak mampu, kalau boleh buat pun penat tetapi perbuatan kita يأمرون بالمعروف explain sampai adik kita faham, sampai kakak kita faham dan sama-sama buat kerja kebajikan itu adalah sebahagian daripada kerja kita. Mak cakap dekat kita mudah, tapi bila nak cakap dekat orang lain payah. Ada dua option, salah satunya tak payah cakap, ikut suka, kalau nak buat, buat kalau tak nak buat sudah. Kalau baik cakap sekali, kalau cakap berkali-kali mungkin boleh buat gaduh. Betul tak? Kemudian kalau tak nak gaduh kena jadi kreatif. “Siapa yang buat kerja ramai-ramai dengan abang, lepas ni abang belanja KFC”. Sebenarnya nak galakkan adik-adik dia supaya bersama dengan dia tetapi abang terpaksa gunakan KFC, kakak terpaksa guna mungkin kena pergi makan mee warisan. وينهون عن المنكر , orang ini kalau bagus explain kepada orang lain yang buat baik it doesn’t mean that he/ she can untuk mencegah orang buat jahat. Dia tak buat jahat tetapi sebagai orang Islam, you are reliable and responsible to untuk mencegah orang lain daripada buat jahat. Islam ini bukan ajak nak buat jahat. Orang jahat pun……..untuk melarang orang jahat ini memerlukan kuasa, memerlukan kaedah, silap-silap boleh makan penampar. Mak cik tu pakai kerusi roda yang datang ke program kita, dia nak turun tempat yang tiada ram, kita cakap “mak cik tak ada ram”, kita terlupa bahawa mak cik yang berkerusi roda itu yang datang itu mungkin pekak, dia bukan hanya berkerusi roda, mungkin dia ada kecacatan fizikal plus dia ada kecacatan pendengaran. Bila awak cakap dia pergi juga, adakah awak akan tampar dia? atau sekat dia?atau awak boleh tolak dia………….larang dah tadi tapi dia pergi juga. Adakah itu orang Islam yang bagus, وينهون عن المنكر ini mencegah orang buat jahat, mencegah daripada bahaya sebab orang yang buat benda munkar ini perlu dicegah sebab kalau tak cegah mereka akan jadi ahli neraka dan kita yang bersama-sama kalau tak larang juga akan terbabit bersubahat dengan dia. Tidak ada orang dalam dunia yang akan marah awak kalau awak larang dia jangan pergi masuk bilik tersebut sebab bilik itu ada 16 ekor ular. Orang tak akan marah tapi orang akan berterima kasih. tetapi kalau tak solat dia tak Nampak ular tu sebab ular tu dia akan jumpa di akhirat. Suka hati aku la tak nak solat pun. Masalah solat atau tak itu di akhirat nanti baru dapat balsan tetapi atas dunia kalau kita Nampak ular dan kita cegah, orang akan berterima kasih. Jadi bagaimana kita nak mencegah orang lain yang buat jahat dengan tak payah kita create ular-ular tersebut tapi orang boleh dengar. Itu skill yang you have to learn.
Yang kelima adalah ويسرعون في الخيرات, orang ini bersegera dalam buat-buat kerja kebajikan. Kerja kebajikan ini boleh lambat, boleh cepat. Adik kita buang air besar dan dia tak nak bukak pampers, kita cakap kita akan tunggu lagi 5 minit abang atau kakak akan mandikan dia…..kalau tak kena cara mungkin dia ambil pampers tampal dekat tempat lain pula. Lambat awak buat tindakan macam-macam benda boleh terjadi, cepat awak buat tindakan akan selesai masalah. Dalam kerja kebajikan juga benda pun sama juga berlaku, awak boleh lambat awak boleh cepat tapi kalau benda yang baik, justice delayed is a justice denied, keadilan yang lambat merupakan suatu kenafian kepada keadilan yang sebenar. Maknanya kita nak tolong adik kita nak pergi exam, dia bangun lewat dia suruh kita pergi hantar tapi kita tak nak, “takpe lah 8.10 abang pergi hantar”, masalahnya 8.20 kita dah masuk exam. “lima minit pun berkira”, dia pun tengok je dekat kita, sebab betul yang pentingnya nanti abang pergi hantar tak kira lah lambat atau cepat. Tetapi dalam kes kebajikan يسرعون في الخيرات keutamaan yang lebih baik.
وأولئك من الصالحين orang-orang yang memiliki sifatnya baru dikira soleh. Five character, character orang yang beriman kepada Allah, character orang yang beriman kepada hari akhirat, orang yang mengajak kepada perkara kebajikan, mencegah daripada kemungkaran dan bersegera dalam berbuat baik mereka inilah yang baru dikira sebagai orang yang soleh. Sadaqallahul’azim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Yang dihormati puan pengerusi majlis, yang dikasihi Puan Ilvira Dasuki pengarah u-kekwa bersama dengan semua team dia, puan azura selaku pengarah program HKN Kelantan……..mohd kamaruddin, CEO….globalisation merangkap panel pada hari ini, semua jawatankuasa pelaksana Hari Kebajikan Negeri Kelantan. Syukur kepada Allah kerana pada hari ini dapat kita bersama-sama dalam program untuk melatih para sukarelawan. Jadinya kita ini suka rela dan wang, tapi sukarelawan ini orang. Dari segi undang-undang, bila kita masuk dalam agreement dia mungkin orang yang suka tapi dia orang yang tak rela. Consent lain……..nak lain, buat lain. Dalam kes kita ini kenapa kita buat kursus keranan kita mahu sukarelawan kita ini benar-benar orang yang suka, orang yang rela. Bertugas untuk kerajaan bukan untuk kerajaan semata-mata tetapi bertugas untuk menjaga dan menaikkan imej Islam bagi perjuangan Islam. kalau kita bertugas untuk sebuah kerajaan Israel, Donald Trump, kerajaan Amerika menghantar sukarelawan yang pergi untuk merobohkan baitul maqdis, mereka juga dipanggil sebagai sukarelawan tapi tak sama dengan kita, kalau kita, for the nation, dia bukan sama dengan kita sebab vision dia target dia walaupun untuk kerajaan dia berniat untuk meruntuhkan institusi Islam, kita tak boleh. Kita ini Alhamdulillah, anak-anak sekalian telah pun dapat satu ………saya nak tanya disini berapa orang yang pernah jadi sukarelawan untuk u-kekwa sebelum ini? Sila angkat tangan. Ada lah dalam 15 orang dariapada 150, mungkin 10% daripada anda yang telah menjadi sukarelawan u-kekwa dan baki lagi 90% adalah orang yang pertama kali menjadi sukarelawan.
Jadi Alhamdulillah ini merupakan peluang yang baik kerana nak jadi orang yang berjaya mesti orang yang ada banyak pengalaman dengan orang ramai, banyak berkhidmat, faham semua kerja daripada kerja yang paling asas semoga anda suatu hari nanti akan menjadi semua pengarah –pengarah program peringkat negeri. Kita sekarang ini ada 150 orang pelajar, penonton atau sukarelawan dan selepas daripada ini tahun akan anda semua mungkin akan jadi penagrah-pengarah di perngkat negeri. Jadi …………di peringkat negeri ini akan diberi pemarkahan …….dalam program ini kami ada AJK dalam 200 orang untuk buat HKN ini yang mana jawatankuasa sahaja 200 orang. Tetapi jawatankuasa ini tak cukup tenaganya melainkan ditambah dengan 200 orang lagi sukarelawan. Jadi kerja sukarelawan adalah untuk membantu jawatankuasa kita bertindak dan pada ketika lain, saya sebagai exco kerajaan negeri Kelantan nak buat HSK 2 kali di peringkat antarabangsa setiap kali kita buat orang berpuas hati dengan kita punya sukarelawan sebab selalu senyum dan selalu berkhidmat. Tapi itu adalah Hari Sayyidatina Khadijah, kali ini cabaran lebih tinggi kerana hari ini adalah Hari Kebajikan Negeri Kelantan. Kalau dulu Hari Wanita, tak berkebajikan sangat pun tetapi bila Hari Kebajikan sukarelawan mereka diharapkan lebih berkebajikan. Sebabnya menjadi petugas Hari Kebajikan. Kemudian cabaran yang lebih besarnya adalah dulu kita adalah kerajaan Kelantan tetapi sekarang ini Kerajaan Kelantan sebahagian daripada Kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan bukan pembangkang. Jadi, audience kita dan sasaran kita lebih besar. Jadi, anda diharapkan untuk menjadi orang yang sangat besar jiwa, besar hati….orang yang besar hati dan besar jiwa. Adik-adik dan anak-anak kena faham, nak keluar daripada gua musang daripada kampung dia hingga ke Bandar mungkin makan masa 3 jam. Jadi daripada gua musang sampai ke kota bharu 3 jam pula dan dia sampai sini pkul 8 pagi bertolak daripada gua musang dan sampai sini mungkin Jam 3 pagi. Sampai-sampai je dia Tanya kita “dik makanan dekat mana”, kita pun jawab “tak ada”, dia pun marah. Kita sebenarnya tak tahu sebabnya kita bukan AJK makanan, kita bahagian jaga kertas………..dia marah kita, kita marah dia, habis semua sukarelawan. Kita sukarelawan kalau ada kes sebegini, kalau dia marah jangan kita marah balik sebab yang datang itu semua orang-orang yang memerlukan bantuan. Mereka adalah tetamu jemputan kebajikan. Jadi, kalau dia Tanya makanan kita jawab “kejap saya Tanya bahagian makanan”, kalau dia tanya parking, jawab kalau awak tahu. Kalau lepas awak terang jelas-jelas dan dia marah juga awak kena tanya bos, jangan selesaikan sendiri-sendiri. Jangan panggil dia mak cik dan pak cik, panggil dia puan atau encik. Jadinya tentative program anak-anak semua kena ada, kena faham what’s going on. Jangan jawab tak tahu. Jadi maknanya balik ini study sikit, start bila, siapa rasmi, kalau makan, makan dekat mana, tandas dekat mana, walaupun anda mungkin bukan bertugas untuk persiapan pentas. Kena faham semua dan kena sama-sama tanya dan kena ada komunikasi dalam group whatsapp. Kalau macam dulu kita buat HSK, kita buat 6 hari, kerajaan negeri hanya boleh bagi sehelai t-shirt, hari-hari basuh sebab ada sehelai itu sahaja. Tahun ini, kita baru bincang tadi insyaAllah kita akan buat t-shirt juga warna merah. Hari pertama tak apa lah, hari kedua boleh pakai pakaian bebas. Jadinya baju itu asalkan merah semua boleh pakai.
Kemudian adik-adik kena bersedia untuk di train, kalau ada orang suruh, ajar jangan buat tak layan. Kita sebagai orang yang bertugas, orang yang muda kena belajar sebab kadang-kadang orang tua ini kalau dia berleter pun untuk kebaikan kita. Kalau ada suruh apa-apa kita buatlah dan bantulah jawatankuasa pelaksana dan bila kawan kita penat kita tolong. Group ini letih, bahagian penyambut tetamu, tetamu datang tak putus-putus, bahagian kita selesai dah jadi kita saling membantu cumanya tanya orang yang kita nak bantu itu apa yang boleh kita bantu. ……….sekarang ini kami tak boleh jamin duit, tak boleh jamin rezeki tapi insyaAllah kami berdoa agar ……..kita dapat pahala daripada Allah SWT. Kita tolong orang ini, insyaAllah ayah dan mak kita dekat rumah orang lain akan tolong sebab kita ini sudah berkorban untuk bantu orang lain dan satu hari kita akan faham apa perasaan jadi orang tua, apa perasaan jadi OKU, apa perasaan jadi orang miskin. Keluarga kita bukan keluarga yang senang, orang yang susah sekarang ni pun mungkin dia asalnya orang yang senang tetapi bila tiba-tiba eksiden mati mak dan ayah dia menjadi orang yang susah. So, kemiskinan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kecacatan pun boleh berlaku kepada sesiapa sahaja jadi permudahkanlah mereka.
Anak-anak sekalian kalau boleh, ketika program kalau tak ada kerja cubalah juga mendengar ucapan atau pembentangan-pembentangan yang diberikan oleh penceramah-penceramah kita supaya kita boleh belajar, dapat input daripada program ini dan sebaik-baiknya buang perasaan sakit hati, susah hati dan datang bekerja itu dengan perasaan yang senang hati, jumpa orang ada masalah kena sentiasa senyum. Kak Taz nak tengok anak-anak melatih diri menjadi orang yang senyum. Mula-mula Kak Taz tengok tadi yang berhormat tahun 2006, Kak Taz diberi taklimat oleh YB Zailah, dia kata jadi YB ni kena bersalaman dengan semua orang dan senyum dengan semua orang. Kak Taz belajar senyum minggu pertama lenguh muka sebab sentiasa senyum. Jadi adik-adik selepas daripada ini kita kena sentiasa senyum. Lelaki pun kena senyum, bukan senyum kepada orang perempuan tetapi senyum itu sedekah. Jadi, biasakan senyum biasakan cakap lemah lembut supaya insyaAllah kita mudah tolong orang lain.
Satu lagi kepada kita yang menjadi sukarelawan ini insyaAllah ada sijil dan cabaran kita sekarang ini ialah kerja berpasukan. Solat berjemaah lama tetapi solat bersendirian 2 atau 3 minit dah siap. Last sekali kita buat keputusan malas solat berjemaah sebab lambat. Tetapi Allah kata siapa yang solat berjemaah dapat pahala yang banyak. Pahala banyak sebab sabar yang lebih. Contoh kita nak makan colek pauh, tak sedap bila makan seorang, sedap bila makan ramai-ramai tapi bila nak makan ramai-ramai itu kena telefon dulu, tunggu dulu dan menunggu itu ukhuwah, sabar itu yang dapat pahala yang lebih.
Anak-anak sekalian,
Kerja sukarelawan ini kadang-kadang datang lewat, ada seorang itu awal sangat, ada seorang tu baik sangat jadi kita bergabung tenaga dan ……..kerja berpasukan akan ada nikmatnya. Satu lagi kita nak tunjukkan kepada anak-anak semua bahawa kerja sukarelawan ini bentuk kerja kerajaan. Selepas daripada ini kerja sukarelawan yang ………… ada orang dia Non-governmental Individual (NGI), ada kerja dengan arahan, ada kerja tanpa arahan, ada kerja melibatkan kewangan. Membasuh rumah orang banjir tidak memerlukan duit tetapi memerlukan tenaga. Jadi sukarelawan ini pelbagai jenis dan bentuk. Negara-negara yang maju dan civilization di dunia mereka biasanya daripada jepun, jerman dan USA, pelajar mereka dia belajar 2 tahun di university dan dia berhenti 2 tahun untuk dia buat kerja kebajikan di Cambodia, Singapore, Malaysia sambung balik selepas daripada itu. Negara mereka sistemnya benar, belajar, praktikal dan sambung belajar. Kalau tempat kita tak boleh 2 tahun, mungkin suatu masa nanti akan sampai sebab lecturer dia nak suruh anak murid dia faham praktikal apa yang dia belajar itu. Jadi insyaAllah suatu masa nanti anda semua faham maksud Kak taz ni bahawa benda teori sangat penting dipraktikalkan, diamalkan, dibuat bersama dan dia lebih berkat dan lebih difahami. Yang terakhir sekalinya, dalam hidup ini kita kena ada masa lebih, bila kita makin tua masa makin kurang. Jadi semasa kita ada tenaga dan masa lebih, berkhidmatlah untuk bantu orang lain dan insyaAllah bila kita kurang tenaga kurang masa, Allah taala akan hantar orang lain pula untuk bantu kita.
Terakhirnya berdasarkan kepada keadaan semasa iaitu musim coronavirus (covid 19) semua sukarelawan kebajikan ini kena jaga diri, nanti kalau kita tak jaga diri nanti orang lain pula yang jaga kita. Jadi tangan kena basuh seboleh-bolehnya biar sentiasa ada wudu’, selalu minum air dan kalau kita dapati ada masyarakat yang tak berapa sihat kita kena asingkan terus. Kena buat langkah berjaga-jaga sebab covid 19 ini dia tak kenal orang, tak kenal jantina, tak kenal masa dia boleh berlaku dan dia boleh jadi sangat bahaya. Kalau bukan kerana taka da perkara penting kita dah batalkan tetapi kerana benda ini penting kita terpaksa laksanakan juga, kena ada extra conscious dan kalau boleh jaga kesihatan kita dan kalau kita jenis yang ada alahan boleh pakai penutup muka supaya kita menjaga kesihatan diri kita dan juga nak tolong orang lain.
Terima kasih banyak-banyak kepada anak-anak sekalian yang sudi menjadi sukarelawan Hari Kebajikan Negeri Kelantan dan sampaikan salam daripada Kak Taz kepada ibu bapa anda sekalian. Jadinya terima kasih kepada mak dan ayah kerana infakkan anda semua lelaki dan perempuan, terima kasih kerana sudi isi masa untuk bersama-sama kami. Kalau ada rezeki bersama u-kekwa kita akan buat Hari Keluarga keluarga mawaddah dan …..kita akan ada program sempena sambuatn 30 tahun membangun bersama Islam, kita cadangkan bahawa sukarelawan yang dapat bersama kita pada hari ini untuk menjadi juga sukarelawan untuk hari-hari yang akan datang. Kalau boleh kerja dilaksanakan dengan berterusan untuk membangun kerajaan negeri insyaAllah pahala sangat panjang. Sebelum saya mengakhiri saya ingin membacakan pantun:
Mengayuh perahu menuju muara,
Perahu diisi penuh sarat,
Buktikan pada masyarakat dan Negara,
Wawasan belia dan beliawanis wawasan bermanfaat.
Yang terbaik daripada kalangan anda adalah orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. InsyaAllah akan menjadi tema kita dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim mari sama-sama kita baca al-fatihah untuk kita merasmikan program kita pada hari ini.
(Al-Fatihah)
Takbir..