INFRA
NO | INFRA | PENGENALAN RINGKAS |
---|---|---|
1 | TASKA KELUARGA MAWADDAH | -Menyediakan kemudahan taska di tempat kerja kepada kakitangan di Jabatan Kerajaan bagi mengurus dan mengasuh anak mereka kearah peningkatan kualiti kerja dalam kalangan kakitangan. -Menyediakan modul dan aktiviti yang membantu meningkatkan potensi perkembangan kanak-kanak ke peringkat maksimum. -Menyediakan sektor pekerjaan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. -Lokasi; Taska Keluarga Mawaddah (TKM) 4075-K, Jalan Raja Dewa Hilir 15150 Kota Bharu
|
2 | RUMAH PERLINDUNGAN WANITA SINAR HARAPAN | -Memberi perlindungan dan tempat kediaman sementara bagi remaja atau wanita yang teraniaya.
-Membantu merujuk nasihat diperlukan sama ada dari segi perundangan, kesihatan, laporan polis, urusan mahkamah dan seumpamanya.
-Menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi memulihkan semangat dan keyakinan diri mereka agar terus mengorak langkah dalam meniti arus kehidupan ke arah yang lebih baik. -Membimbing dan mendidik mereka kembali ke pangkal jalan dengan menerapkan kemurnian Islam. -Melatih dan mengajar penghuni dengan kemahiran asas berkaitan |
3 | PUSAT LATIHAN WANITA OKU DAN ARMALAH (PLWOA) | -Pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah (PLWOA) bertujuan menjadi pusat kemahiran bersepadu khusus kepada golongan wanita kurang upaya dan armalah dalam usaha memperkasakan sosial dan ekonomi golongan ini. -Pusat ini di bawah seliaan Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK), sebuah NGO yang berdaftar di bawah seliaan U-KeKWa. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya bengkel jahitan ekspress, kelas jahitan berkala, kelas Al-Quran braille dan aktiviti cuti sekolah seperti kraftangan, jahitan kreatif dan kulinari. |
4 | PUSAT PEMBANGUNAN WANITA KELANTAN (PPWK) | Objektif penubuhan PPWK adalah memberi latihan kemahiran menjahit agar sebahagian daripada beban dalam menyediakan pakaian kepada keluarga dapat dikurangkan, memberi latihan kemahiran menjahit agar golongan yang kurang berkemampuan ini dapat menambah sumber ekonomi mereka dengan mengambil upah menjahit serta mewujudkan “one stop centre” bagi wanita untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tempat masing-masing.
Selain itu, ia juga adalah untuk meningkatkan jatidiri dan keyakinan yang tinggi melalui himpunan mingguan yang mana mereka boleh berkongsi pandangan dan masalah dan melahirkan masyarakat yang harmoni saling bantu-membantu dan bekerjasama. |
5 | PUSAT SUMBER SAYYIDATINA HAFSAH | -Menjadi pusat informasi maklumat secara interaktif dan pusat rujukan tentang wanita Kelantan khususnya dan masyarakat Kelantan secara amnya. -Membina, mendokumentasi, menyelenggara dan mengemaskini koleksi berkaitan wanita Kelantan khususnya dan masyarakat Kelantan secara amnya. -Membina jaringan maklumat dengan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-bukan kerajaan khususnya mengenai isu-isu semasa tentang wanita dan kemasyarakatan. |
6 | MAWADDAH CENTRE | Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah (Mawaddah Centre) di Negeri Kelantan merupakan slah satu institusi sokongan kerajaan melalui kerjasama dengan agensi, badan kerajaan dan bukan kerajaan. - sebagai pusat aktiviti yang menyediakan pelbagai program seperti bengkel, kursus, seminar, pusat aktiviti warga emas, pusat khidmat nasihat, pusat aduan, runding cara dan motivasi untuk masyarakat setempat di Kelantan. -menyediakan pelbagai program dan aktiviti untuk menjana keluarga sejahtera yang merangkumi dua aspek, iaitu pembangunan keluraga dan pembangunan sosial. -pusat untuk membentuk masyarakat harmoni dan aman dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan sosial agar selaras dengan Dasar Membangun Bersama Islam (DMBI) yang menjadi paksi dalam segala gerak kerja Kerajaan Negeri iaitu tiga ciri asas berikut; Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. |