Insentif Taska diperkenalkan bagi membantu taska swasta yang berdaftar atau dalam proses mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sumbangan insentif ini merangkumi penambahbaikan fasiliti dan infra taska, keperluan bagi renovasi taska serta untuk tujuan melengkapkan keperluan modul dan aktiviti kanak-kanak taska. Selain itu, insentif ini juga turut menyediakan program berkaitan ilmu asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada pengasuh dan pengusaha taska dengan kerjasama agensi dan NGO yang berkaitan. 117 buah taska telah menerima sumbangan kewangan dan barangan berjumlah RM1.02 juta.