Bagi setiap kelahiran, Kerajaan Negeri Kelantan akan memberi Kit Cakna Aulad termasuk rompers. Program ini dianjurkan untuk memenuhi salah satu pilar di dalam Dasar Kanak-kanak Fitrah dan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap golongan bayi selaku pelapis penting terhadap masa depan negeri Kelantan. Ia juga memastikan setiap anak Kelantan mendapat manfaat daripada Kerajaan Negeri Kelantan, tidak terkecuali golongan bayi. Seramai 60 orang bayi dipilih bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menerima bantuan yang diberikan secara one-off sebanyak RM50.00 dan kit kelahiran untuk setiap bayi. Seramai 6,705 orang ibu yang baru bersalin menerima sumbangan sebanyak RM468 ribu.