Pusat Operasi Sukarelawan dibawah Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) yang terletak di Pengkalan Chepa bertindak sebagai pusat penyelaras kegiatan kesukarelawanan di Kelantan. MESRA yang mempunyai keahlian hampir 2,000 orang seluruh Kelantan termasuk luar Kelantan kini beroperasi sebagai pusat koordinasi gerakan sukarelawan (Coordination Centre) bagi menyelaras kegiatan kesukarelawanan dan pengumpulan serta pengagihan bantuan.