Cakna Hawa

Kerajaan Negeri Kelantan menghargai golongan wanita yang berkerjaya melalui pemberian Bantuan Cakna Hawa khas untuk golongan pekerja wanita berpendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah. Kerajaan Negeri memberikan Bantuan Cakna Hawa RM100 secara sekali bayar (one off) kepada 100 wanita bekerja bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Syarat permohonan ialah wanita kelahiran dan menetap di Kelantan berusia 18 hingga 60 tahun yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

Penerima juga mestilah mempunyai tiga orang anak atau lebih di bawah tanggungannya dan bukan berstatus armalah atau suri rumah. RM898 ribu telah di peruntukkan kepada 8,980 orang pekerja Wanita.

© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate