Penyelaras Pembangunan Armalah DUN

Armalah adalah istilah bagi seorang isteri yang telah kehilangan suami samada bercerai ataupun meninggal. Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Almarhum Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengistiharkan pengunaan istilah ‘Armalah’ yang di lihat lebih tepat dan mesra digunakan bagi golongan wanita yang kematian suami ataupun bercerai berbanding pengunaan ‘Ibu Tunggal’ yang di ambil dari barat iaitu ‘Single Mothers’, di mana istilah ibu tunggal ini juga digunakan kepada golongan wanita yang melahirkan anak tanpa bapa yang sah. Bermula dari tahun 2007, Kerajaan Negeri telah melantik 45 orang Penyelaras Pembangunan Armalah DUN (PPAD) di seluruh negeri Kelantan bagi menguruskan hal ehwal armalah/ ibu tunggal termasuklah anak yatim/ anak armalah. PPAD telah memulakan tugas mereka secara rasmi bermula 1 September 2007. Pendaftaran armalah di setiap DUN diuruskan oleh PPAD masing-masing

 

 

 

 

 

© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate