Taska Mawaddah

Taska Keluarga Mawaddah menjadi agen ketiga dalam fasa pendidikan awal kanak-kanak dalam membentuk ummah yang bertaqwaTaska tersebut menyediakan kemudahan kepada ibu bapa dalam proses pendidikan awal anak-anak mereka dalam semua aspek perkembangan kanak kanakTaska Keluarga Mawaddah telah beroperasi dari Jun 2015.Waktu operasi Taska Keluarga Mawaddah adalah pada hari Ahad hingga Khamis bermula dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petangTaska akan ditutup pada hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri KelantanTujuan utama penubuhan adalah untuk mencapai pembentukan ummah yang bertaqwa melalui fasa Pendidikan awal kanak-kanakTaska Keluarga Mawaddah menggunakan modulnya yang tersendiri, dan dikawal selia oleh U-KeKWa.

Taska ini:

-Menyediakan kemudahan taska di tempat kerja kepada kakitangan di Jabatan Kerajaan bagi mengurus dan mengasuh anak mereka kearah peningkatan kualiti kerja dalam kalangan kakitangan. 

-Menyediakan modul dan aktiviti yang membantu meningkatkan potensi perkembangan kanak-kanak ke peringkat maksimum.

-Menyediakan sektor pekerjaan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

-Lokasi;  Taska Keluarga Mawaddah (TKM)

              4075-K, Jalan Raja Dewa Hilir

              15150 Kota Bharu

© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate