Darul Auni

      Rumah Sinar Harapan merupakan cetusan idea dan ilham Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan.  Dimulakan dengan projek dalam memberi tumpuan kepada aktiviti gejala sosial dan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja.

      Kesinambungan daripada hasrat murni Baginda itu, pada pertengahan tahun 2011 Rumah Sinar Harapan seterusnya menumpukan kepada masalah wanita. Projek ini telah diberi mandat kepada Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan, yang kini dikenali sebagai Rumah Perlindungan Wanita Sinar Harapan (Darul ‘Auni)  yang terletak di JKR 404, Jalan Taman Kurnia Jaya, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan.

      Rumah Perlindungan Wanita Sinar Harapan (Darul ‘Auni) memberi perlindungan sementara kepada wanita yang bermasalah seperti mangsa keganasan rumah tangga dan kes-kes yang dirujuk di mahkamah, agensi berkaitan dan NGO.

 

© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate