Darul Niswah

Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri Kelantan telah menaiktaraf Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) kepada Darul Niswah (DN). Sebanyak 16 buah PPWK telah dinaiktaraf bagi Fasa 1 dan diteruskan dengan 14 buah PPWK bagi Fasa 2, pada tahun 2018. Tujuan penubuhan DN adalah sebagai pusat aktiviti sepadu wanita yang mesra wanita dan patuh syariah serta memenuhi keperluan kemudahan asas bagi kaum wanita khususnya untuk berkumpul dan melakukan aktiviti dan mempelajari pelbagai kemahiran yang berpotensi tinggi dan berdaya saing. Ianya juga sebagai pusat rujukan dan informasi wanita Kelantan dan menjadi salah satu lokasi pelancongan khas wanita yang wajib untuk dilawati.

Sebanyak 11 elemen utama yang ada di DN iaitu :
i. Bengkel Jahitan
ii. Sudut Kraftangan
iii. Sudut Informasi Wanita Kelantan
iv. Bengkel Kulinari
v. Ruang Pameran & Jualan
vi. Pejabat
vii. Ruang Solat
viii. Ruang Do It Yourself
ix. Pusat NGO
x. Sudut Bacaan
xi. Dapur Hijau

 

 

 

© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate