Majlis Perundingan Wanita Parlimen

Negeri Kelantan selaku Negeri Serambi Mekah telah ditadbir dengan dasar induk Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang mengandungi pelbagai dasar termasuk Dasar Wanita Kelantan (DWK). Diantara strategi perlaksanaan dasar ini ialah penubuhan Majlis Perundingan Wanita Kelantan (MPW).

Ia berperanan untuk merancakkan agenda pembangunan wanita dan memacu perkembangan masyarakat dan ummah supaya berdaya saing dan mampu menangani cabaran tempatan dan global di masa hadapan.

Maka selari dengan hasrat tersebut MPW ditubuhkan bagi menjadi mata dan telinga bagi kaum wanita menyalurkan maklumat kepada kerajaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dianggotai jawatankuasa diperingkat negeri. Pada tahun 2014 pelantikan MPW ini telah ke peringkat parlimen dengan sasaran dan matlamat yang sama.

Kini, MPW telah beroperasi lebih kurang dua belas tahun dalam menggerakkan serta membangunkan wanita dan masyarakat dalam merealisasikan hasrat dan tujuan asal penubuhan majlis.

© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate