Cakna Suri Tahun 2023 : Kelantan Belanja RM2.4 Juta

Kerajaan Kelantan membelanjakan RM 2,436,400.00 sebagai bayaran 'one-off' kepada 12,182 penerima Skim Cakna Suri bagi tahun 2023. Sumbangan skim sebanyak RM 200.00 ini akan disalurkan secara 2 fasa melalui Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Seramai 9,000 orang penerima akan menerima pada fasa 1 dan selebihnya pada fasa 2.

Sumbangan ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan surirumah dari kategori B40. Surirumah juga merupakan golongan profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga yang harmoni selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan.

Tahniah kepada semua penerima Skim Cakna Suri. Semak status kelayakan dengan menyatakan maklumat <Nama><No K/P><Nama DUN> ke no 013-9836915 / 013-9835912

 

 

© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate