- Bantuan
- Hits: 396
Program Genius Abqariah merupakan sebuah inisiatif untuk mengumpulkan profail wanita Kelantan cemerlang dalam bidang masing-masing secara berpusat dan sistematik supaya dapat memberi sumbangan kepada negeri mengikut kepakaran dan kemahiran tersendiri. Ia penting ke arah melahirkan pelapis kepimpinan akan datang. Sasaran keahlian terbuka kepada wanita muda Kelantan yang cemerlang dari sudut sahsiah, akademik, ko-kurikulum dan memberi sumbangan kepada masyarakat, selain mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing serta pernah mendapat pelbagai anugerah.
-Menjadi pusat informasi maklumat secara interaktif dan pusat rujukan tentang wanita Kelantan khususnya dan masyarakat Kelantan secara amnya.
-Membina, mendokumentasi, menyelenggara dan mengemaskini koleksi berkaitan wanita Kelantan khususnya dan masyarakat Kelantan secara amnya.
-Membina jaringan maklumat dengan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-bukan kerajaan khususnya mengenai isu-isu semasa tentang wanita dan kemasyarakatan.
Negeri Kelantan selaku Negeri Serambi Mekah telah ditadbir dengan dasar induk Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang mengandungi pelbagai dasar termasuk Dasar Wanita Kelantan (DWK). Diantara strategi perlaksanaan dasar ini ialah penubuhan Majlis Perundingan Wanita Kelantan (MPW).
Ia berperanan untuk merancakkan agenda pembangunan wanita dan memacu perkembangan masyarakat dan ummah supaya berdaya saing dan mampu menangani cabaran tempatan dan global di masa hadapan.
Maka selari dengan hasrat tersebut MPW ditubuhkan bagi menjadi mata dan telinga bagi kaum wanita menyalurkan maklumat kepada kerajaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dianggotai jawatankuasa diperingkat negeri. Pada tahun 2014 pelantikan MPW ini telah ke peringkat parlimen dengan sasaran dan matlamat yang sama.
Kini, MPW telah beroperasi lebih kurang dua belas tahun dalam menggerakkan serta membangunkan wanita dan masyarakat dalam merealisasikan hasrat dan tujuan asal penubuhan majlis.