Dengkil 26 Dis – 100 orang sukarelawan terlibat dalam Program Gonyoh Gaha di Pondok Bustanul Ariffin, Dengkil, Selangor.
Pondok ini menjadi salah satu destinasi dalam Misi Pemulihan Bantuan Banjir dari Kelantan ke Pahang dan Selangor. Sukarelawan yang terlibat terdiri daripada NGO Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA), NGO Misi Kembara Dakwah (MKD), pelajar KUIS serta orang awam.
80 orang pelajar yang menghuni di pondok tersebut adalah antara yang terkesan dengan banjir yang melanda negeri Selangor.
YB Dato Hajah Mumtaz bt. Md Nawi, EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita mewakili Kerajaan Negeri Kelantan telah menyampaikan sumbangan bantuan berupa Selimut Toto, bantal, Telekung Sembahyang, Printer, al Quran dan sumbangan kewangan bagi meringankan bebanan pihak pengurusan pondok dalam membangunkan semula keperluan pondok.