2 April 2022 (Sabtu)
450 orang MPW Menerima Watikah
450 orang MPW Menerima Watikah
Pengkalan Chepa, 2 April - 30 orang Majlis Perundingan Wanita Negeri (MPWN) dan 420 Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP) menerima pelantikan watikah pagi ini di Dewan PUTIK, Pengkalan Chepa.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff memberi penghargaan tahniah kepada wanita kelantan kerana 2 daripada 6 inisiatif memperkasa wanita yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sempena Hari Wanita telah dilaksanakan iaitu penubuhan Majlis Wanita dan wanita yang kematian suami dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).
Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan keluarga dan Wanita YB Dato Hajah Mumtaz Md Nawi berkata, “ Taklimat MPWP hari ini dilaksanakan bagi memastikan kepimpinan wanita sentiasa berterusan. Negeri Kelantan selalu dikaitkan dengan kepimpinan wanita iaitu Negeri Cik Siti Wan Kembang seumpama Ratu Balqis. Kita harap kepimpinan ini bukan hanya di peringkat parlimen sahaja, namun diteruskan sehingga tahap sekolah dan millenia.”
Turut hadir YABhg Datin Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff, Pengarah U-KekWa Pn Ilvira Mohd Dasuki.