Projek Saringan Kesejahteraan Payudara 2023 (PAYUNG 2023)

Kota Bharu, 5 Mac - RM 250,000.00 diperuntukan oleh Kerajaan Kelantan untuk projek Saringan Kesejahteraan Payudara 2023 (PAYUNG 2023).
" Masih ramai wanita yang takut untuk menjalankan saringan payudara. Alhamdulillah, kali ini kita hadirkan braster iaitu peralatan teknologi saringan awal. Ianya tidak sakit, saringan yang ringkas dan tidak mengambil tempoh masa yang lama." ucap YB Dato Hajah Mumtaz Md Nawi ketika merasmikan Program Saringan Kesejahteraan Payudara Wanita Kelantan (PAYUNG 2023) di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim pagi ini.
Menurut beliau, projek ini melibatkan kempen, taklimat dan peralatan.
Sebuah braster iaitu peralatan teknologi saringan awal payudara dan ipad dibekalkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi memudahkan wanita menjalani saringan dalam tempoh yang singkat, tidak sakit dan selamat.
Turut diadakan gimik penyampaian sijil TOT kepada 7 daripada 16 pelatih PAYUNG 2023.
Projek ini melibatkan kerjasama dari Kerajaan Negeri Kelantan, PAPISMA, Unit Bestari HUSM, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Dhia Camelia Holdings Sdn Bhd.
"Pelbagai inisiatif dan usaha telah dilakukan bagi memberi kesedaran kepada wanita. Jangan kata kami tidak payung," kata Prof Madya Dr Wan Faiziah binti Wan Abdul Rahman dalam ceramah bertajuk "Menggapai Kesejahteraan Nikmat Sihat"
Profesor Dr Wan Hazabbah Wan Hitam dalam ucapannya mengatakan Unit Kesedaran Kanser Payudara & Penyelidikan (BestARI) diwujudkan khusus bagi mencegah penyakit ini.
© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate