120 Orang OKU Dirai

Kota Bharu, 10 April - Kerajaan Kelantan melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita meraikan 120 orang kurang upaya dalam Majlis Iftar Mahabbah Ramadan Bersama Penggerak OKU Kelantan.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan di H Elite, Tunjong pada petang ini.
Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur dibawah pimpinan YB Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan yang telah berjaya menganjurkan majlis ini buat sekelian kalinya.
Pada masa yang sama, gimik penyerahan Buku Panduan Pra Perkahwinan Smartstart dalam bentuk braile kepada 2 persatuan iaitu Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Kelantan (SBM) dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan (PERTIS). Buku panduan ini adalah sumbangan daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kelantan.
© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate