2 Okt - Pengarah U-KeKWa, Puan Ilvira Mohd Dasuki mengiringi YB EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita ke lawatan kerja Pengurusan Kebajikan Bencana di Sungai Golok, Thailand dengan kerjasama NGO Khidmat Malaysia yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff.
Susulan dari kunjungan YB Dato’ Hajah Siti Zailah ke pekan Munduk bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat kes letupan stor penyimpanan mercun pada 29 Julai 2023 yang lalu. Pihak pemerintah di sempadan Sungai Golok dilihat sangat efisien dan memanfaatkan beberapa aset dan teknologi terkini untuk menguruskan kebajikan mangsa dan petugas di lapangan.
Susulan itu, ilmu dan pengalaman mereka dalam pengurusan hal ehwal kebajikan semasa/pasca bencana ini diharapkan dapat kita pelajari dan perhalusi untuk disesuaikan dengan keperluan kita di Kelantan khususnya agar pengurusan kebajikan bencana dapat ditambah baik dari semasa ke semasa.