90 orang Penggerak Kebajikan Dirai

Kota Bharu, 31 Mac - 90 orang penggerak kebajikan melibatkan kakitangan JKM, sukarelawan NGO MESRA serta NGO Khidmat Malaysia diraikan dalam Majlis Jamuan Tengahari bertempat di Restoran Wau, Kota Bharu.
Majlis diraikan oleh YB Dato Hajah Mumtaz Md Nawi melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita di kalangan penggerak yang terlibat dengan bencana banjir di Pahang, Selangor dan Kelantan.
YB Dato Hajah Mumtaz Md Nawi mengambil kesempatan memberi penghargaan kepada semua penggerak kebajikan yang memikul tanggungjawab sosial dan memberi perhatian khusus dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Turut hadir YB Rohani Ibrahim (ADUN Tg Mas), YB Mohd Adanan Hassan (ADUN Kelaboran), Pn Ilvira Mohd Dasuki (Pengarah U-KeKWa) dan En Said Sidup (Pengarah JKM Caw Kelantan)
© 2022 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate