Skip to main content

Unit Pembangunan Kebajikan


    • Menyediakan Pelan Tindakan dan Modul Untuk Panduan Penggerak Kebajikan dalam pelaksanaan Dasar Berkebajikan & Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan, Dasar Anak Yatim Islah dan Dasar OKU Muqarabun seperti Pelancaran dan Induksi Dasar, Penyediaan Modul Ziarah Skuad Kita Cakna dan lain-lain.

    • Menyediakan program latihan pemantapan dan taklimat kepada ‘ejen’ kebajikan dan NGO seperti Himpunan Skuad Kita Cakna dan Latihan Kesiapsiagaan Sukarelawan Menghadapi Bencana Bersama NGO.

    • Menguruskan dan menyelia agihan bantuan dan skim kebajikan berkaitan armalah, anak yatim, OKU dan bapa tunggal seperti Skim Manfaat Armalah, Bantuan OKU Ma’aruf dan lain-lain.

    • Menyediakan program pendidikan, motivasi dan bengkel khusus untuk penerima bantuan seperti pelaksanaan Program Kelantanku Cakna, Program Menggapai Keberkatan Bersama OKU dan lain-lain.

    • Menyediakan program advokasi, himpunan pakar, latihan, pengiktirafan dan skim berkaitan dalam melahirkan lebih ramai tenaga penggerak dan sukarelawan kebajikan seperti Sambutan Hari OKU, Hi-Tea Bersama Aktivis Kebajikan serta pelbagai program yang lain.