Merangka dan melaksanakan Pelan Tindakan Gagasan Wanita Kelantan melalui penubuhan Pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah, Koperasi AJWA dan lain-lain.
Merancang, menyelaras dan melaksanakan program & aktiviti kemahiran wanita di negeri Kelantan merangkumi bengkel jahitan, kulinari dan kraftangan melalui 45 buah Darul Niswah (PPWK).
Meningkatkan penglibatan dan peranan wanita dalam kemahiran, keusahawanan dan pembangunan ekonomi negeri seperti Bengkel Pembangunan Produk Darul Niswah (PPWK), Tabung Usahawan Wanita, program Jom Buat Duit Dari Rumah (JBDDR) dan lain-lain.
Merancang dan memantau pelaksanaan dasar dan program bagi memberi pengiktirafan kepada sumbangan besar wanita secara langsung & tidak langsung seperti Majlis Graduasi Darul Niswah (PPWK), Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM-PPT) dan sebagainya.
Meningkatkan jaringan kerjasama bersama agensi-agensi yang menjadi stakeholder bagi merancakkan pembangunan sosio ekonomi wanita Kelantan.