Skip to main content

Unit Pembangunan Keluarga


    • Merangka dan melaksanakan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Mawaddah, Dasar Kanak-kanak Fitrah dan Dasar Warga Emas Mukramun Kelantan melalui Induksi Dasar, Majlis Pembangunan Keluarga Mawaddah, Mawaddah Support Team dan lain-lain.

    • Mengadakan program bagi memperkukuh institusi keluarga seperti Sambutan Hari Keluarga Mawaddah, Big Hero, Kem Akil Baligh, Hari Kanak-Kanak dan lain-lain.

    • Mengurus dan menyelia agihan sumbangan dan skim yang melibatkan pembangunan keluarga meliputi Skim Halimatul Saadiah, Skim Cakna Suri, Skim Cakna Aulad dan lain-lain.

    • Menyusun, menerbitkan dan mengemaskini buku / modul yang boleh dijadikan rujukan seperti Buku Panduan Keluarga Mawaddah Kelantan dan Buku Panduan Suri Mithali.

    •  Mengurus, menyelia dan memantau infrastruktur dan fasiliti seperti Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre), Taska Keluarga Mawaddah, Baitus Al-Solehah dan Rumah Perlindungan Wanita Sinar Harapan (Darul Auni).

    • Mempromosikan kempen pembudayaan keluarga sejahtera yang berkaitan keluarga dan kanak-kanak seperti Kempen Keluarga Mawaddah, Kempen Cakna Warga Emas, Kempen Sayangi Ibu Bapa dan lain-lain.