Mukaddimah Pengarah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi diatas limpah kurnia-Nya, Laman Web Rasmi Urus Setia Pembangunan, Kebajikan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) ini dapat diwujudkan. Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta kerjasama yang diberikan dalam menyediakan bahan dan maklumat untuk laman web rasmi ini.
Seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat, laman web ini menyediakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan urusan kebajikan keluarga dan wanita. Oleh itu, laman web ini merupakan saluran komunikasi yang penting dalam penyebaran maklumat kepada pengguna kerana ianya boleh di akses dengan mudah dan cepat oleh masyarakat. Selain itu, saya mengharapkan agar laman web ini dapat menjadi tempat rujukan dan panduan kepada kepada para pengungjung.
Saya ucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web ini. Semoga para pengungjung mendapat sedikit sebanyak maklumat yang manfaat dan berguna dengan melayari laman web ini. Selamat melayari lama web rasmi Urus Setia Pembangunan, Kebajikan Keluarga dan Wanita dan diharap tuan / puan akan terus mengunjungi lagi pada masa hadapan. Kami juga mengalu-alukan sebarang respond dan pandangan yang membina daripada pengunjung-pengunjung laman web ini demi kebaikan semua pihak.
Sekian, terima kasih.
YBrs Puan Ilvira Mohd Dasuki
Pengarah Urus Setia
Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita
Kerajaan Negeri Kelantan
Pengarah Urus Setia
Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita
Kerajaan Negeri Kelantan