Skip to main content

Unit Pembangunan Wanita


    • Merangka dan melaksanakan Pelan Tindakan Gagasan Wanita Kelantan melalui Induksi Dasar Wanita Solehah, penubuhan Majlis Pakar Penasihat Wanita dan sebagainya.

    • Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti pembangunan wanita bagi memperkasa pembentukan jati diri wanita Kelantan seperti Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah, Kursus Pengurusan Organisasi Kepimpinan Wanita dan lain-lain.

    • Membina dan memperkukuhkan sistem jaringan wanita bersepadu di setiap peringkat melalui penubuhan Majlis Perundingan Wanita, kunjung hormat ke agensi, jabatan dan lain-lain.

    • Memperhebatkan advokasi tentang peluang, hak dan tanggungjawab wanita selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri, undang-undang dan syariat seperti siri kuliah wanita, Skim Cakna Hawa, Skim Bantuan Kanser Payudara dan lain-lain.

    • Menyebarkan maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di pelbagai agensi serta membantu wanita mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan melalui pelbagai jaringan termasuk akses teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada wanita seperti penubuhan Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah (PASIH), laman sesawang wanitakelantan.com