Merupakan Bantuan kewangan kepada wasi/ waris Armalah (ibu tunggal) setelah Armalah itu meninggal dunia.
Tawaran Manfaat
Pemohon (waris kepada armalah (ibu tunggal) yang meninggal dunia) akan menerima sumbangan kewangan bernilai antara RM300.00-RM1,500.00 (bergantung kepada bilangan tanggungan)
Setiap pemohon mendapat RM300 dan RM150 bagi setiap anak armalah (ibu tunggal) yang meninggal dunia) (maksimum 8 orang anak yang masih bersekolah) 8 orang anak yang masih bersekolah)
Cara dan Syarat Permohonan
Syarat Permohonan
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan
Armalah tidak berdaftar Skim Khairat Kifaalah jika berumur lebih 55 tahun
Kematian armalah dalam tempoh setahun
Dengan pertimbangan dan kelulusan Exco (kes-kes tertentu)
Kaedah Permohonan :
Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
Permohonan bantuan boleh dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh kematian.
Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;- a)Salinan Sijil Kematian b)Salinan Kad Pengenalan Anak/ Waris c)Salinan Kad Pengenalan Tanggungan (Anak-anak)