Skip to main content

Skim Bantuan Ad-Hoc Armalah

Sumbangan secara one-off kepada golongan Armalah (ibu tunggal) sama ada dalam bentuk kewangan atau bantuan sosio-ekonomi.

Tawaran Manfaat

  • Bantuan Kewangan Armalah merupakan bantuan one-off kewangan kepada armalah yang berdaftar dan layak. Bantuan ini diberikan dalam bentuk wang tunai bermula dengan kadar sebanyak RM100.

  • Bantuan Sosio Ekonomi Armalah merupakan bantuan one-off niaga kepada armalah yang berdaftar dan layak. Bantuan ini diberikan dalam bentuk peralatan perniagaan atau modal tambahan bertujuan memulakan/ mengembangkan perniagaan sebanyak maksimum RM20,000 setiap DUN.

Cara dan Syarat Permohonan

Syarat Permohonan Adhoc Kewangan
  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan
  2. Armalah yang kematian suami atau bercerai
  3. Armalah yang berdaftar
 Kaedah Permohonan :
  1. Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
  2. Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;-
    a) Salinan Kad Pengenalan Armalah
    b) Salinan Sijil Kematian Suami/ Cerai

Syarat Permohonan Adhoc Sosio-Ekonomi
  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan
  2. Armalah yang kematian suami atau bercerai
  3. Armalah yang menjalankan perniagaan
 Kaedah Permohonan :
  1. Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
  2. Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;-
    a) Salinan Kad Pengenalan Armalah
    b) Sebut Harga Peralatan

    Borang

    Dapatkan borang di Pusat Khidmat DUN