Merupakan Bantuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami ketidakupayaan dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria sama ada dalam bentuk bantuan kewangan atau peralatan sokongan seperti anggota palsu, kerusi roda dan seumpamanya.
Tawaran Manfaat
Pemohon OKU yang layak akan menerima bantuan kewangan tunai sebanyak RM300.00 atau peralatan sokongan.
Cara dan Syarat Permohonan
Syarat Permohonan
Orang Kelainan Upaya Negeri Kelantan atau yang bermastautin di Kelantan
Pendapatan isi rumah bawah RM1700
Kaedah Permohonan :
Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;- a) Salinan Kad Pengenalan Pemohon b) Salinan Kad OKU c) Salinan Kad Pengenalan Penjaga d) Salinan Kad Pengenalan Tanggungan e) Sebut Harga Peralatan (bagi permohonan peralatan sokongan)