Merupakan Caruman Skim Takaful Rahmah kepada orang terlantar yang berusia dibawah 55 tahun.
Tawaran Manfaat
Wasi OKU yang berdaftar akan menerima bantuan kewangan tunai sebanyak RM1000.00
Cara dan Syarat Permohonan
Syarat Permohonan
Orang Kelainan Upaya Negeri Kelantan atau yang bermastautin di Kelantan
Orang Kelainan Upaya terlantar atau yang memerlukan penjagaan sepenuh masa yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Berumur 54 tahun ke bawah pada tahun yang didaftarkan
Kaedah Permohonan :
Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;- a) Salinan Kad Pengenalan Pemohon b) Salinan Kad OKU c) Salinan Kad Pengenalan Penjaga d) Surat Pengesahan Doktor