Skip to main content

Skim dan Bantuan Asnaf

Bantuan Orang Miskin (Al-Hasanah)

Bantuan kepada orang miskin yang disalurkan melalui JKM untuk setiap DUN. Borang permohonan JKM18 boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh Negara  atau memuat turun borang tersebut di laman web.

Bantuan Am (Al-Musa'adah)

Merupakan bantuan yang akan disalurkan kepada keluarga miskin untuk meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu atau sehingga mereka dapat berdikari. Borang permohonan JKM18 boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian di seluruh Negara  atau memuat turun borang tersebut di laman web.

Bantuan Kelompok

Bantuan kepada projek ekonomi yang diusahakan secara berkumpulan oleh OKU atau orang miskin atau ibu tunggal. Borang permohonan JKM18 boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian di seluruh Negara atau memuat turun borang tersebut di laman web.