Skip to main content

Skim dan Bantuan Warga Emas

Tabung Usahawan Wanita

Bantuan alatan perniagaan kepada wanita miskin terpilih yang ingin memulakan atau  untuk meningkatkan perniagaan. Dapatkan borang melalui:

  • > Pejabat Khidmat DUN

Pembiayaan Persijilan SKM-PPT

Sumbangan berbentuk tajaan pembiayaan bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita kepada pelajar, alumni dan guru jahitan Darul Niswah (PPWK) secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT). Dapatkan borang melalui:

  • > Pejabat Khidmat DUN

Bantuan Khas Usahawan Kecil Wanita Kelantan (BKUK)

Bantuan khas kepada Usahawan Kecil Wanita bagi meningkatkan perniagaan sedia ada. Dapatkan borang melalui:

  • > Pejabat Khidmat DUN

Skim Cakna Suri

Sumbangan kewangan kepada suri rumah di seluruh negeri Kelantan sebagai tanda penghargaan dari Kerajaan Negeri khusus untuk suri rumah. Bagi tahun 2024, sumbangan wang ini ditukar kepada tajaan caruman PERKESO bagi suri rumah. Dapatkan borang melalui:

  • > Pejabat Khidmat DUN

Bantuan Cakna Pekerja Wanita (Cakna Hawa)

Bantuan yang diberikan kepada pekerja wanita berpendapatan rendah (B40). Dapatkan borang melalui:

  • > Pejabat Khidmat DUN

Subsidi Mamogram

Peruntukan khusus bagi tujuan advokasi dan saringan mamogram yang disasarkan kepada golongan wanita Kelantan dengan kerjasama pihak Hospital, Pusat Kesihatan Daerah serta persatuan dan NGO yang berkaitan.

Saringan Kesihatan Wanita

Mengadakan pemeriksaan saringan percuma khusus untuk wanita di kalangan Majlis Perundingan Wanita Kelantan di Hospital An-Nisa’.

Bantuan Pesakit Kanser Payudara

Bantuan khas kepada pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara oleh pihak hospital.

  • > Pusat Khidmat DUN
  • > Kaunter UTC