Skim dan Bantuan Keluarga & Kanak-Kanak
Skim Cakna Aulad
Sumbangan kewangan kepada bayi dan ibu yang baru bersalin di negeri Kelantan sebagai tanda penghargaan daripada Kerajaaan Negeri. Bermula tahun 2024, sumbangan kewangan ini ditukar konsep kepada tabungan dirham bagi anak dan sumbangan wang tunai hanya untuk ibu. Muat turun borang:
Skim Halimatul Saadiah
Skim ini merangkumi latihan dan kursus pengasuh iaitu Kursus Halimatul Saadiah dan sumbangan one-off berbentuk kewangan dan barangan kepada pengasuh kanak-kanak di rumah. Dapatkan borang melalui:
- > Pejabat Khidmat DUN
Insentif Penubuhan Taska di Tempat Kerja
Sumbangan kewangan dan barangan kepada taska swasta di Negeri Kelantan bagi membantu pengusaha taska menambahbaik fasiliti dan infra taska dengan tujuan untuk memastikan keselesaan kanak-kanak di taska terjamin.
- > Pejabat Khidmat DUN
Tajaan Kursus Asas Permata
Tajaan Kursus Asas Permata adalah kursus yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada pengasuh taska. Tujuan utama tajaan kursus ini adalah supaya pengasuh taska di negeri Kelantan dapat berkhidmat dengan kredibiliti dan kemahiran dalam bidang Asas dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dapatkan borang melalui:
Bantuan Sekolah atau Pendidikan (An-Najaah)
Bantuan kepada anak yang melanjutkan pelajaran ke Universiti atau untuk menampung kos peperiksaan diberikan kepada anak klien. Borang permohonan JKM18 boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh Negara atau memuat turun borang tersebut di laman web.
Bantuan Latihan Aperantis (Muqaddimah)
Membantu klien JKM yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Borang permohonan JKM18 boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh Negara atau memuat turun borang tersebut di laman web.