Skip to main content

Skim dan Bantuan OKU & Pesakit Terlantar

Bantuan Orang Kurang Upaya (Ma'aruf)

Merupakan Bantuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami ketidakupayaan dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria. Dapatkan borang melalui:

  • > Pejabat Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan
  • > Penyelaras Parlimen OKU
  • > Pusat Khidmat DUN (09-7476568/69)

Bantuan Peralatan Orang Kurang Upaya

Bantuan berbentuk peralatan kepada klien OKU JKM yang memerlukan. Borang permohonan JKM18 boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian di seluruh Negara  atau memuat turun borang tersebut di laman web.

Skim Takaful Rahmah

Merupakan Caruman Skim Takaful Rahmah kepada orang terlantar yang berusia dibawah 55 tahun. Dapatkan borang melalui:

  • > Pejabat Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan
  • > Pusat Khidmat DUN

Wakaf Katil

Wakaf katil kepada pesakit terlantar. Dapatkan borang melalui:

  • > Pejabat Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan
  • > Pusat Khidmat DUN

Sumbangan Kerusi Roda Elektrik

Sumbangan kerusi roda elektrik kepada OKU. Dapatkan borang melalui:

  • > Pejabat Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan
  • > Pusat Khidmat DUN

Bantuan Kelompok

Bantuan kepada projek ekonomi yang diusahakan secara berkumpulan oleh OKU atau orang miskin atau ibu tunggal. Borang permohonan JKM18 boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian di seluruh Negara  atau memuat turun borang tersebut di laman web.

Projek Jaya Diri (Tijaarah)

Bantuan kewangan kepada kumpulan sasar jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil. Borang permohonan JKM18 boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh Negara  atau memuat turun borang tersebut di laman web.